Tun Juhar lafaz sumpah jawatan Yang Dipertua Negeri Sabah

Tun Juhar lafaz sumpah jawatan Yang Dipertua Negeri Sabah

TUN Juhar Mahiruddin mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah di Istana Seri Kinabalu hari ini. - IHSAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Tun Juhar Mahiruddin melafazkan sumpah jawatan sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah bagi penggal keempat di Istana Seri Kinabalu hari ini.

Beliau kemudiannya menandatangani surat sumpah jawatan di hadapan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim.

Istiadat yang berlangsung di Dewan Istiadat itu dihadiri oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang turut menyampaikan ucapan tahniah dan lafaz ikrar taat setia.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya; Menteri-Menteri Kabinet negeri; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong serta ketua-ketua jabatan.

Tun Juhar, 69, mula dilantik menjadi Yang Dipertua Negeri Sabah ke-10 pada 1 Januari 2011.

Pada 23 Disember lalu, Tun Juhar menerima Surat Cara Pelantikan bagi menyambung tempoh perkhidmatannya selama dua tahun daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Tun Juhar adalah Yang Dipertua Negeri pertama yang diberi amanah untuk memegang jawatan itu lebih 10 tahun selepas pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sabah dilakukan pada 2018.

Menerusi RUU itu, Kerajaan Negeri Sabah meluluskan pindaan memansuhkan had tempoh dua penggal bagi lantikan Yang Dipertua Negeri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya