Toreh bibir akibat tidak puas hati ditegur

Toreh bibir akibat tidak puas hati ditegur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang penganggur ditahan polis selepas disyaki menoreh bibir seorang lelaki yang menegurnya kerana menendang kon hingga menyebabkan kecederaan di Ampang Jaya, dekat sini.

Lelaki warga Myanmar berusia 32 tahun itu ditahan kira-kira 11.15 pagi ini di Jalan Permai di sini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 5 petang Jumaat lalu selepas mangsa mengekori suspek yang dilihat menendang kon di hadapan kedai runcitnya sebelum ini.

“Suspek mendakwa berbuat demikian kerana disuruh oleh orang lain. Selepas itu, suspek secara tiba-tiba mengeluarkan senjata tajam seperti pisau lalu melibas ke muka mangsa dan mengenai bibirnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Farouk berkata, mangsa  mendapatkan rawatan di Hospital Ampang sebelum membuat laporan polis.

Ujarnya, polis yang menjalankan siasatan kemudian menahan suspek dan merampas sebatang besi diubah suai yang disyaki digunakan dalam kejadian itu.

“Siasatan mendapati punca kejadian disebabkan suspek tidak puas hati selepas pengadu menegurnya kerana menendang kon.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Ampang untuk permohonan reman esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya