Tiga agenda fokus utama PAU 2022

Tiga agenda fokus utama PAU 2022

TINDAKAN UMNO memecat dan menggantung beberapa pemimpinnya yang didakwa membelakangkan dan melanggar peraturan parti mencetuskan reaksi yang berbelah-bahagi dalam kalangan ahli-ahlinya. - UTUSAN/ AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiga agenda menjadi fokus utama pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 yang bermula semalam iaitu masa depan parti itu, bedah siasat kekalahan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan persiapan menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, agenda berkenaan akan dibahaskan perwakilan melalui tiga peringkat bermula hari ini.

“Walaupun telah memang dalam tujuh Pilihan Raya Kecil (PRK), menang 75 peratus pada PRN Melaka dan menang 72 peratus di PRN Johor dengan kesemua presidennya ialah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kenapa masa pilihan raya umum, kita tidak dapat ulangi kejayaan tersebut.

“Tentu ada sebab luar biasa yang berlaku sehingga menyebabkan kami tewas, hanya 30 kerusi yang ada,” katanya dalam sidang akhbar di Laman Media di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), semalam.

Sehubungan itu katanya, UMNO mahu mendengar pandangan dan ulasan terhadap keputusan luar biasa tersebut, sebab, punca dan pelan yang boleh diperbaiki pada masa depan

Seramai 2,838 perwakilan daripada semua peringkat terlibat dalam Perhimpunan Agung UMNO 2022 kali ini.

Mereka terdiri daripada 57 ahli Majlis Tertinggi (MT), 30 wakil sayap parti, 2,569 wakil Bahagian dan 182 ketua penerangan yang terlibat selaku pemerhati.

Mengulas lanjut, Ahmad juga tidak menolak kemungkinan ada perwakilan UMNO yang akan membangkitkan isu berhubung etika pemilihan dan tarikhnya yang perlu diadakan sebelum 19 Mei tahun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN