‘Tidak logik hanya beri UMNO lima kerusi di Selangor’

‘Tidak logik hanya beri UMNO lima kerusi di Selangor’

Pakatan Harapan (PH) mahu mengekalkan penguasaan mereka di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perbincangan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH dijangka diadakan dalam masa terdekat untuk memperincikan kerjasama menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor khususnya melibatkan pengagihan kerusi.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, pertemuan tidak rasmi telah dibuat dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shaari yang juga Pengerusi PH negeri itu dan perbincangan seterusnya mengenai isu pembahagian kerusi.

“Tak mungkin kita tidak adakan kerjasama dengan PH sedangkan di peringkat Pusat kita mempunyai kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan. Secara dasar, keseluruhan pimpinan di semua peringkat memahami bagaimana kita nak menyertai PRN ini dengan bekerjasama bersama PH.

“Setakat ini, saya sudah siapkan hasil dapatan. Malah saya yakin PH juga mempunyai dapatan mereka. Kita bukan sahaja melihat daripada keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), malah PRU13 dan PRU14 yang mana terdapat beberapa kerusi didominan oleh parti tertentu. Kita akan membuat perbincangan satu demi satu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

MEGAT ZULKARNAIN OMARDIN

Ditanya apakah UMNO terus bertanding di kerusi yang dimenangi sebelum ini, Megat Zulkarnain yakin PH tidak memberi hanya lima kerusi mengikut apa yang disandang UMNO sebelum ini.

“Kita faham kedudukan di Selangor, UMNO hanya ada lima kerusi. Walaupun ada pihak yang tidak mewakili UMNO telah membangkitkannya, pada saya ia hanya pada pendapat peribadi.

“Tetapi saya fikir ia perlu diambil kira geologi, kawasan jentera dan kekuatan mana-mana parti yang bukan sahaja tertakluk pada UMNO. Saya percaya dalam sistem ada asas perundingan, kalau jumlah kerusi itu dikira sebagai kayu pengukur, takkan UMNO bertanding lima kerusi sahaja? Saya yakin rundingan sebegitu tidak akan berlaku. Mengenali Datuk Seri Amiruddin, beliau seorang yang matang dalam berpolitik,” ujarnya lagi.

Menurutnya beliau sudah memulakan jelajah ke 22 bahagian untuk bertemu dengan ahli di peringkat akar umbi bagi memberi penjelasan mengenai kerjasama BN yang kini bersama dengan PH, hanya dalam Kerajaan Perpaduan.

“Rumusannya, tiada satu bahagian pun yang membuat keputusan untuk menolak perkara yang kita perjelaskan. Antaranya perkara termaktub dalam perlembagaan, soal agama, raja-raja Melayu dan berkaitan dengan sensitiviti orang Melayu serta Islam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN