Tabahlah Hisham - Khairy

Tabahlah Hisham – KJ

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Walaupun ringkas, hantaran Insta Story milik bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin memberikan makna mendalam terhadap keputusan pemecatannya sebagai ahli UMNO berkuat kuasa semalam.

Yang mencuri perhatian satu hantaran berita berhubung pergantungan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein apabila Khairy meminta Ahli Parlimen Sembrong itu untuk bersabar dengan apa jua berlaku terhadap keputusan semalam.

“Tabahlah Hisham, ini sangat jauh daripada kita,” tulis Khairy.

Dalam pada itu, Khairy sempat menunjukkan simbol ‘bagus’ terhadap tindakan Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin yang mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO dan  Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai dengan serta-merta.

Selain itu, bekas Menteri Kesihatan tersebut memuatkan hantaran poster temu bual beliau bersama satu stesen radio swasta yang dijangka pada 8 pagi, 30 Januari ini.

Selain Khairy, seorang lagi pemimpin UMNO iaitu bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar dipecat sebagai ahli UMNO dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu berlangsung kelmarin berikutan pelanggaran disiplin sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Malah beberapa pemimpin lain turut digantung selama enam tahun termasuklah Hishammuddin, bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan; bekas Ahli Parlimen Jempol, Datuk Salim Mohd. Sharif dan Ketua Bahagian UMNO Tebrau, Datuk Maulizan Bujang. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya