Syarikat Qatar teroka peluang pelaburan di Malaysia - PM

Syarikat Qatar teroka peluang pelaburan di Malaysia – PM

ANWAR Ibrahim menerima kunjungan Ghanim Saad Al Saad.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Salah sebuah syarikat paling berjaya di Qatar yang ditubuhkan pada 1994 dan diperbadankan pada 2007, Ghanim Bin Saad Al Saad & Sons Holdings (GSSG) dilaporkan sedang meneroka peluang pelaburan di negara ini. 

Perkara itu dikongsikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menerima kunjungan Pengerusi Kumpulan GSSG, Ghanim Saad Al Saad di pejabatnya, hari ini. 

“Tengah hari tadi saya bertemu Syeikh Ghanim Bin Saad Al Saad di pejabat yang merupakan penasihat kepada Perdana Menteri Qatar, Sheikh Hamad Jassim Al Thani.

“Ghanim Bin Saad Al Saad & Sons Group (GSSG) yang diketuai beliau kini sedang meneroka peluang untuk pelaburan di Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya