Syarikat konsesi diarah tambah baik teknologi imbasan RFID

Syarikat konsesi diarah tambah baik teknologi imbasan RFID

tol
KEMENTERIAN Kerja Raya sedang meneliti pelaksanaan sistem MLFF. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kerja Raya sedang meneliti tempoh pelaksanaan bagi penggunaan pembayaran tol menggunakan sistem RFID sepenuhnya di semua plaza tol.

Serentak itu, syarikat konsesi diarah segera menambah baik keupayaan teknologi imbasan RFID bagi mengelakkan kesesakan.

Itu antara keputusan yang dicapai hasil sesi libat urus antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama para pegawai dari Kementerian Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia, Suruhanjaya Persaingan Malaysia, dan wakil Syarikat Touch ‘n Go (TNG).

Mesyuarat Pasukan Tugas Khas itu dipengerusikan Ketua Setiausaha KPDN, Datuk Azman Mohd. Yusof bagi membincangkan pelbagai isu berhubung perkhidmatan yang ditawarkan khususnya terhadap pengguna-pengguna lebuh raya melibatkan penggunaan kad TNG.

Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, antara permasalahan yang dikenal pasti ialah kesukaran untuk memperoleh kad TNG dan peranti Smart Tag di pasaran; tempoh tamat Kad TNG yang tidak disedari pengguna terutamanya untuk mereka yang menggunakan MyKad dan kesukaran mendapatkan bayaran balik baki wang dalam kad TNG.

Katanya, selain itu ialah proses pemindahan baki ke Kad TNG yang baharu mengambil masa lama; isu berkaitan penggunaan Kad Visa TNG terutama bagi pembayaran tol serta penjualan kad TNG di platform atas talian oleh pihak ketiga pada harga berlipat kali ganda.

“Untuk itu, pihak TNG diarahkan melaksanakan tindakan segera dengan menambah bilangan pusat jualan kad dan perkhidmatan kad TNG di lokasi selain pusat sedia ada di KL Sentral dan Bangsar.

“Advokasi dan notifikasi awal kepada pengguna bagi pemakluman tempoh kad yang akan luput; menambah baik kaedah dan mempercepatkan proses serta tempoh bayaran balik dan pemindahan baki,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Salahuddin berkata, advokasi kepada pengguna perlu dibuat bagi menjelaskan kad visa TNG hanya untuk tujuan pembelian barangan dan perkhidmatan serta pengeluaran wang bagi kad visa diterima.

Jelasnya, kad ini tidak boleh digunakan bagi tujuan pembayaran tol dan pengangkutan awam, dan kerajaan menyarankan nama kad visa tersebut diubah supaya tidak mengelirukan pengguna memandangkan perkataan ‘’Touch ‘n Go” sinonim dengan sistem pembayaran tol.

“Arahan dikeluarkan kepada penyedia perkhidmatan pasar atas talian untuk menurunkan iklan jualan kad TNG daripada pihak ketiga yang tiada kebenaran menjual daripada pihak syarikat TNG

“Pihak TNG diberi masa satu minggu untuk hasilkan pelan tindakan susulan seterusnya,” katanya.

Pada sama sama, Salahuddin berkata, Bahagian Penguatkuasaan KPDN akan mengambil tindakan undang undang terhadap mana-mana pihak yang menjual kad TNG melebihi harga ditetapkan pengeluar di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya