Suruhanjaya Kanak-Kanak badan bebas jadi penasihat kerajaan

Suruhanjaya Kanak-Kanak badan bebas jadi penasihat kerajaan

Suruhanjaya Kanak-kanak adalah badan berkanun yang bebas untuk memantau dan menasihatkan kerajaan dalam isu dan hak berkaitan dengan kanak-kanak. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Kanak-Kanak yang bakal diwujudkan kelak berbeza peranannya dengan jabatan atau institusi Kanak-Kanak yang dicadangkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, tiada pertindihan tugas antara dua entiti berkenaan apabila ditubuhkan kelak.

Beliau berkata, Suruhanjaya Kanak-kanak adalah badan berkanun yang bebas untuk memantau dan menasihatkan kerajaan dalam isu dan hak berkaitan dengan kanak-kanak.

“Jabatan atau Institusi Kanak-kanak pula merupakan satu agensi kerajaan. Jadi, tiada pertindihan,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, beliau merakamkan terima kasih Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan jemaah menteri kerana bersetuju untuk menubuhkan Suruhanjaya Kanak-kanak.

Azalina berkata, suruhanjaya itu kelak membantu mempromosi kesedaran dan pendidikan terhadap hak kanak-kanak kepada kerajaan dan orang awam.

Menurutnya, ia juga akan menasihati kerajaan dalam menggubal perundangan, arahan pentadbiran dan prosedur serta mengesyorkan tindakan yang perlu diambil.

“Suruhanjaya itu juga akan menasihati kerajaan berhubung obligasi antarabangsa di bawah Convention on the Rights of the Child (CRC) dan lain-lain perjanjian antarabangsa yang berkaitan.

“Malah, suruhanjaya itu akan mengadakan inkuiri dan menjalankan penyiasatan terhadap aduan mengenai pelanggaran hak kanak-kanak,” katanya.

Katanya, suruhanjaya itu kelak akan diterajui Pesuruhjaya Kanak-kanak selain berperanan menerajui proses penubuhan Suruhanjaya Kanak-Kanak melalui penggubalan akta yang khusus sepanjang tempoh pelantikannya.

Tambah Azalina berkata, pengumuman Pesuruhjaya Kanak-kanak tersebut akan dilakukan selepas mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong sejajar dengan Seksyen 5 (2) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya