Suria FM catat rekod ke udara atas kapal persiaran

Suria FM catat rekod ke udara atas kapal persiaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Suria FM mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) sebagai radio pertama yang bersiaran secara langsung dari atas kapal persiaran mewah Genting Dream, pagi tadi.

Bersiaran selama dua jam menerusi segmen Morning Morning Suria, tiga penyampai radio iaitu Ajak, Shuib dan Suraya bertanggungjawab mengendalikan segmen tersebut.

Segmen yang turut disiarkan di Facebook Suria FM menampilkan penyanyi, Siti Nordiana, Amir Masdi dan Andi Bernadee di atas kapal persiaran milik Resorts World Cruises.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau dikenali DJ Lin berkata, misi ini bagi meraikan kejayaan mereka melonjak ke tempat ketiga stesen radio paling popular, sekali gus melakar pencapaian bersejarah sepanjang15 tahun dalam industri penyiaran negara.

“Alhamdulillah, ini adalah pembukaan 2023 yang sangat bermakna bagi kami dalam memastikan momentum stesen ini terus berada dekat di hati peminat.

“Sebenarnya, saya secara peribadi memang berhasrat untuk melakar sejarah dalam MBR sejak menjawat jawatan Pengurus Besar pada 2018. Syukur, akhirnya tahun ini tercapai berkat sokongan warga kerja kami,” katanya.

Pelayaran membelah samudera selama empat hari turut membawa lima pemenang bertuah yang memenangi peraduan Suria 15 Tahun sepanjang November dan Disember lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya