Sogok polis RM100, buruh warga Bangladesh direman SPRM

Sogok polis RM100, buruh warga Bangladesh direman SPRM

SEORANG warga Bangladesh ditahan SPRM di Mahkamah Majistret, Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Gara-gara memberi wang rasuah RM100 kepada anggota polis, seorang buruh warga Bangladesh ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini semalam.

Sogokan itu sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya yang memandu kereta tanpa lesen.

Menurut sumber, kejadian tersebut berlaku ketika suspek sedang memandu sebelum ditahan polis untuk pemeriksaan.

Bagaimanapun suspek menyogok anggota tersebut dengan wang tunai RM100.

Katanya, anggota polis tersebut kemudian menyerahkan suspek ke Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira pukul 2 petang semalam dan ditahan bagi membantu siasatan.

Susulan itu, Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan suspek direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 31 Januari selepas pihak SPRM mengemukakan permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya, Azizul Ahmad Sarkawi ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

Katanya, kes seumpama ini merupakan iktibar kepada masyarakat agar tidak sewenang-wenangnya memberi rasuah kepada mana-mana pihak penguat kuasa bagi tujuan melepaskan diri dari melakukan kesalahan jenayah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya