SJKC Mun Choong terima enam guru baharu selepas tragedi tanah runtuh Batang Kali

SJKC Mun Choong terima enam guru baharu selepas tragedi tanah runtuh Batang Kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong, dekat sini menerima kehadiran enam guru baharu yang mula berkhidmat pada hari pertama penggal ketika persekolahan hari ini.

Guru-guru tersebut mengisi kekosongan  ditinggalkan oleh enam guru dari sekolah berkenaan yang meninggal dunia dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Batang Kali-Genting Highlands pada 16 Disember lalu.

Ini setelah Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Abdul Aziz Md. Hashim memberitahu, semua enam pengganti itu adalah guru baharu dan memulakan sesi persekolahan bagi 2023.

Semasa sesi perhimpunan pagi ini, wakil guru sekolah meminta semua warga sekolah bertafakur selama seminit bagi mendoakan rakan-rakan mereka yang maut dan terkesan dalam insiden tanah runtuh itu.

Wakil guru turut mengingatkan kesemua murid untuk melaporkan kepada guru bertugas sekiranya emosi mereka terganggu disebabkan kejadian malang tersebut.

“Sekiranya ada di antara kamu yang sedih boleh segera maklumkan kepada guru-guru untuk dapatkan bantuan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.