Siti Bainun perlu baca penyataan saksi, berhujah tanpa peguam

Siti Bainun perlu baca penyataan saksi, berhujah tanpa peguam

SITI Bainun Ahd Razali ketika hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini. - FOTO/M FIRDAUS M JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Walaupun tidak diwakili peguam, pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali telah diarahkan oleh Mahkamah Sesyen untuk membaca penyataan saksinya.

Hakim Izralizam Sanusi memutuskan demikian tidak mahu perjalanan keadilan dalam kes pengabaian dan penganiayaan rema Sindrom Down, Bella terganggu.

Bagaimanapun sebelum Siti Bainun membaca penyataan saksinya, Timbalan Pendakwa Raya, Zilfinaz Abbas bangkit dan mengemukakan bantahan terhadap penyataan tersebut.

Menurutnya, terdapat beberapa perenggan di dalam penyataan tersebut yang dikatakan ‘leading question’, menyentuh peribadi saksi terdahulu dan kepakaran saksi-saksi pendakwaan.

Izralizam kemudian mengarahkan pendakwaan menyenaraikan perenggan-perenggan yang dimaksudkan dan menyerahkan sesalinan kepada Siti Bainun.

Kedua-dua kemudian diarahkan untuk berhujah mengenai perkara itu hari ini.

Terdahulu, Siti Bainun memaklumkan mahkamah dia telah bertemu dengan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) dan badan itu telah memohon masa sebulan untuk meneliti segala dokumen berkaitan kes itu.

“Mereka (YBGK) kata boleh dan mereka ada minta saya berikan dokumen. Semua dokumen dah ada kecuali penyata bank daripada Bank Negara Malaysia (BNM).

“Mereka mohon (penangguhan) sebulan tetapi kalau saya boleh dapat dokumen (penyata bank) awal dan berikan pada mereka, mereka akan emel semula,” katanya. 

Pada 16 dan 17 Januari lalu, kesemua peguam yang pernah mewakili Siti Bainun dalam kes itu telah menarik diri daripada terus mengendalikan kes itu berikutan terdapat pertindihan jadual. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.