Sidang akhbar 'ambil alih' kerajaan GRS Sabah ditunda

Sidang akhbar ‘ambil alih’ kerajaan GRS Sabah ditunda

PENYOKONG parti Warisan dan petugas media yang menanti pengumuman khas Warisan di Kota Kinabalu, Sabah, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Sidang akhbar Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang dikatakan berhubung mengambil alih  pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dijadualkan pukul 7 malam ini, ditunda ke satu masa yang akan dimaklumkan kemudian.

Hari ini, Barisan Nasional (BN) Sabah turut mengadakan mesyuarat di bangunan UMNO negeri dipercayai berkaitan perkara sama.

Terdahulu, wujud spekulasi mengatakan Warisan dan BN Sabah akan bergabung bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Ketika ini, gabungan kedua-dua parti tersebut memiliki 36 kerusi iaitu Warisan dengan 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala BN Sabah mempunyai 17 kerusi termasuk dua ADUN Dilantik.

Sekiranya BN menarik sokongan daripada kerajaan GRS maka parti itu hanya tinggal 29 kerusi Namun, masih ada enam ADUN yang mesra kerajaan termasuk seorang ADUN Bebas.

Semalam, Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, difahamkan bahawa ada pihak-pihak tertentu yang mendakwa telah memperoleh sokongan lebih separuh daripada ADUN Sabah untuk membolehkan kumpulan tersebut menubuhkan sebuah kerajaan negeri yang baharu.

Masidi berkata, Datuk Seri Hajiji Noor telah menerima perakuan dan sokongan daripada majoriti besar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah untuk terus memimpin kerajaan negeri yang ada sekarang. Ia termasuk sokongan tujuh ADUN Pakatan Harapan (PH) Sabah.

Namun, tujuh ADUN PH Sabah hari ini mengeluarkan kenyataan bersama bahawa mereka tidak pernah memberikan akaun bersumpah kepada mana-mana pihak selepas 2020.

Sebaliknya pada November lalu, ADUN PH Sabah hanya menyatakan sokongan terhadap kerajaan yang dipimpin oleh Hajiji sehingga habis penggal demi kestabilan politik di Sabah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya