Sesi dialog esok bakal beri bayangan Bajet 2023

Sesi dialog esok bakal beri bayangan Bajet 2023

AHMAD Maslan dalam sidang akhbar prapelancaran Festival Seni Al-Quran Restu Global di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kehadiran kira-kira 170 wakil daripada pelbagai badan kerajaan dan swasta pada sesi dialog di Perbendaharaan esok bakal memberi bayangan awal Bajet 2023.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, setiap wakil berpeluang memberi pandangan antara tiga hingga lima minit dan semua idea mereka didengar sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mungkin boleh dipertimbang untuk dimasukkan balik dalam dokumen itu.

Beliau namun enggan menjawab teka-teki sama ada Anwar mungkin memperkenalkan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dimansuhkan pada 2018 lalu.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan prapelancaran Festival Seni Al-Quran Global dan buku terbesar di dunia, Haza Muhammad di Kompleks Nasyrul Quran, di sini hari ini.

Bajet 2023 asalnya dibentangkan Menteri Kewangan terdahulu, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada 7 Oktober lalu dan bakal dibentangkan semula pada 24 Februari depan susulan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan 2023 itu tidak sempat diluluskan Dewan Rakyat apabila Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober.

Anwar yang juga Menteri Kewangan sudah pun membentangkan Bajet Mini 2023 pada 20 Disember lalu untuk perbelanjaan perkhidmatan yang hanya berjumlah RM107.7 bilion.

Dewan Rakyat akan bersidang kembali pada 13 Februari kelak selama tempoh 29 hari dan bermula dengan titah ucapan diraja mesyuarat pertama oleh Yang di-Pertuan Agong.

Tengku Zafrul sebelum ini membentangkan bajet tahunan tersebut dengan peruntukan bagi tahun ini diunjurkan sebanyak RM373.3 bilion iaitu rekod paling besar dalam sejarah.

Walau bagaimanapun, ia tidak mengambil kira pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar pada suku ketiga yang mencatatkan angka terbaik dan mampu mencecah 14.2 peratus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya