Sertai PH, terpulang pimpinan parti - Anthony

Sertai PH, terpulang pimpinan parti – Anthony

Sertai PH, terpulang pimpinan parti - Anthony
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Permohonan pemimpin daripada UMNO yang dipecat ke dalam mana-mana parti komponen Pakatan Harapan (PH) ditentukan pimpinan masing-masing, sekiranya ada.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, setiap pimpinan tahu apa yang terbaik buat parti masing-masing dan segala keputusan dibuat berdasarkan perkara tersebut.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan kini sedang komited menjalankan tanggungjawabnya kepada rakyat dan tidak akan masuk campur isu dalaman UMNO, iaitu antara parti komponen di dalam Kerajaan Perpaduan.

“Itu (pemecatan) adalah urusan dalaman parti komponen dalam kerajaan, kita tak masuk campur. Saya tak mahu ulas mengenai isu dalaman UMNO. Hala tuju KJ (Khairy Jamaluddin) terpulang kepada beliau.

“Kita dalam kerajaan fokus kepada pentadbiran, pelaksanaan dasar-dasar. Urusan dalaman parti politik masing-masing, kita biarkan pimpinan parti masing-masing uruskan. Kita akan teruskan kerja kita untuk menyampaikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat

“Itu akan menjadi fokus utama kerajaan supaya terus mendapat sokongan daripada rakyat termasuk dalam pilihan raya negeri (PRN) nanti,” katanya semasa ditemui pemberita di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), di sini, hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau dipecat UMNO berikutan pelanggaran disiplin sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Selain itu, beberapa pemimpin lain turut digantung selama enam tahun termasuk Ahli parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan;  bekas Ahli Parlimen Jempol, Datuk Salim Mohd Sharif dan Ketua Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.

Sementara itu, Anthony menjelaskan tiada pemimpin-pemimpin daripada UMNO yang dikenakan tindakan tersebut menyatakan hasrat untuk memasuki PH.

“Mereka belum menyatakan hasrat mereka, jadi kita tak perlu jump the gun (bertindak sebelum masanya). Jadi kalau mereka ada buat permohonan, itu parti masing-masing akan pertimbangkan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya