Sering dinaiki air, penduduk mohon bina longkang

Sering dinaiki air, penduduk mohon bina longkang

KEADAAN pekarangan rumah seorang penduduk di Kampung Perigi Jernih, Rembau, Negeri Sembilanyang sering dinaiki air pada musim hujan berikutan keadaan longkang dan perparitan yang tidak sempurna. - UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Penduduk di Kampung Perigi Jernih di sini memohon pihak berwajib untuk menyediakan longkang serta jalan berturap berhampiran rumah mereka.

Mohd. Raziff Mansor, 50, berharap perkara tersebut dapat diambil perhatian kerana pekarangan rumahnya dan dua buah rumah penduduk sering dinaiki air setiap kali hujan.

Katanya, keadaan tersebut juga menyebabkan terdapat aliran air seolah-olah seperti ‘sungai’ di pekarangan rumahnya seterusnya mengakibatkan jalan menjadi tidak rata.

“Memang terdapat longkang di kawasan tepi jalan kampung namun di dalamnya sudah dipenuhi tanah menyebabkan air tidak dapat mengalir.

“Kami mengambil tindakan sendiri dengan mengorek tanah di longkang tersebut lebih-lebih lagi semasa musim hujan kerana bimbang kawasan ini dinaiki air,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, semalam.

Mohd. Raziff berkata, dia sudah mengajukan permohonan tersebut pada Februari 2021, namun sehingga hari ini belum ada perkembangan positif bagi penyediaan longkang dan perparitan yang lebih sistematik.

“Kami mengorek tanah di dalam longkang itu, namun tidak bertahan lama kerana longkang ini kembali dipenuhi tanah. Lagipun longkang sedia ada tersebut tidak mampu menampung aliran air yang banyak ketika hujan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya