Semakan keputusan mahkamah berhubung kes SRC Najib

Semakan keputusan mahkamah berhubung kes SRC Najib bermula

NAJIB Tun Razak dibawa masuk ke Istana Kehakiman bagi mendengar permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman yang dihadapinya selepas didapati bersalah atas tuduhan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn. Bhd. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekal sabitan dan hukumannya baru sahaja bermula.

Semakan tersebut didengar oleh panel lima hakim yang diketuai Hakim Besar Sabah Sarawak yang bersidang bersama-sama Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan.

Turut disenaraikan dalam panel terbabit ialah Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais.

Penyenaraian Hakim Mahkamah Rayuan itu sebagai salah seorang panel pada prosiding hari ini sejajar dengan peruntukan Perkara 122(2) Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh mengenai keanggotaan Mahkamah Persekutuan.

Peruntukan itu menyatakan seorang hakim Mahkamah Rayuan selain Presiden Mahkamah Rayuan boleh bersidang sebagai hakim Mahkamah Persekutuan jika Ketua Hakim Negara berpendapat bahawa kepentingan keadilan menghendaki yang sedemikian.

Pada prosiding hari ini, Najib selaku pemohon diwakili barisan peguam bela yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah manakala pihak pendakwaan yang dinamakan sebagai responden diwakili Timbalan Pendakwa Raya adhoc, Datuk V. Sithambaram.

Berdasarkan permohonan yang difailkan sebelum ini, Najib memohon agar keputusan yang dibuat pada 23 Ogos 2022 oleh lima panel hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat disemak semula dan beliau dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan.

Turut bersidang pada tarikh tersebut ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan; Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.

Selain itu, Najib juga memohon agar beliau dilepas dan dibebaskan daripada sabitan serta hukuman dan kes penyelewengan dana SRC International dibicarakan semula di hadapan hakim yang lain.

Beliau yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang, turut memohon agar dirinya dibebaskan daripada hukuman penjara yang sedang dijalani sekarang sementara menunggu permohonan semakan itu dimuktamadkan.

Najib turut didenda RM210 juta selepas didapati bersalah kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya