Segera laksana tiga tuntutan pekerja

Segera laksana tiga tuntutan pekerja

TIGA lagi tuntutan pekerja ialah pembaharuan sistem saraan, menyegerakan kenaikan kadar maksimum jumlah Gantian Cuti Rehat (GCR) dan pembayaran gaji empat minggu sebulan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyegerakan pelaksanaan tiga lagi tuntutan pekerja.

Setiausaha Agung CUEPACS, Abdul Rahman Mohd. Nordin berkata, tiga tuntutan tersebut ialah pembaharuan sistem saraan, menyegerakan kenaikan kadar maksimum jumlah Gantian Cuti Rehat (GCR) dan pembayaran gaji empat minggu sebulan.

Katanya, sudah 20 tahun Sistem Saraan Malaysia (SSM) diguna pakai di negara ini dan sewajarnya perlu diperbaharui kerana sudah tidak sesuai dengan persekitaran ekonomi semasa.

“Kerajaan perlu segera memperbaharui sistem saraan dan selaraskan gaji minimum penjawat awam kepada RM1,800 berbanding RM1,200 sebulan pada ketika ini.

“Selain itu, kerajaan mengumumkan peningkatan kadar maksimum jumlah cuti rehat yang boleh dikumpulkan bagi tujuan GCR daripada 160 hari kepada 180 hari yang belum diluluskan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Abdul Rahman berkata, CUEPACS turut membuat tuntutan baharu iaitu perubahan tempoh bayaran gaji kepada empat minggu sekali iaitu 13 kali pembayaran gaji dalam setahun bagi penjawat awam.

Katanya, tuntutan itu sudah dilaksanakan untuk pekerja di syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tetapi belum bagi penjawat awam.

Tambah beliau, terdapat pelbagai tuntutan lain daripada CUEPACS kepada kerajaan bagaimanapun, tiga tuntutan itu yang perlu diutamakan pada masa ini.

“Ada juga tuntutan yang sudah ditunaikan seperti dalam Bajet 2023. Contohnya, Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 bagi gred 11 hingga 56 dan Bantuan Khas Kewangan bagi gred 56 ke bawah sebanyak RM700,” ujarnya.

Sementara itu, Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat enggan mengulas lanjut, dengan mengatakan, belum ada keputusan daripada kongres dan beliau akan membuat kenyataan selepas mesyuarat Majlis Kongres pada 29 Januari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya