'Saya dipecat parti yang saya sayang, beri kesetiaan'

‘Saya dipecat parti yang saya sayang, beri kesetiaan’

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, pemecatannya sebagai ahli UMNO tidak mengecewakannya atau terkesan dengan keputusan itu.

Malah kata bekas Ahli Parlimen Rembau itu, beliau juga tidak tunduk dengan keputusan UMNO tersebut, iaitu sebuah parti yang selama ini beliau berikan kesetiaan dan disayanginya.

“Malam ini saya dipecat oleh parti yang saya sayang, yang saya berikan kesetiaan.

‘Unbowed, unbent, unbroken‘,” katanya ringkas menerusi laman sosial Facebook dan Twitter beliau.

Kenyataan itu disiarkan sejurus selepas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan beliau dan Tan Sri Noh Omar dipecat daripada parti tersebut.

UMNO memutuskan demikian dengan alasan melanggar disiplin parti mengikut Perlembagaan UMNO kerana kesalahan sewaktu Pilihanraya Umum Ke-15. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.