Satu kes maut akibat denggi minggu pertama tahun ini

Satu kes maut akibat denggi minggu pertama tahun ini

AKTIVITI kawalan vektor yang melibatkan pemeriksaan premis, semburan kabus dam penghapusan tempat pembiakan nyamuk Aedes merupakan antara tindakan bagi mencegah kes demam denggi. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Satu kematian direkodkan akibat komplikasi demam denggi bagi minggu pertama tahun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 2,219 kes demam denggi dilaporkan pada minggu sama iaitu peningkatan 9.6 peratus berbanding 2,024 kes minggu sebelumnya.

Beliau berkata, mengikut perbandingan, kumulatif kes demam denggi pada minggu pertama ini meningkat 211.7 peratus berbanding 712 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

“Selain itu, tiada kematian dilaporkan pada minggu pertama tahun lalu berbanding satu kematian bagi tempoh sama tahun ini.

“Bagi tempoh sama, sebanyak 69 lokaliti hotspot dilaporkan pada berbanding 71 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya dengan 44 lokaliti Selangor, Sabah (16), Pulau Pinang (5) dan Kuala Lumpur dan Putrajaya (4),” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Dalam pada itu, Dr. Noor Hisham berkata, survelan chikungunya merekodkan sebanyak 25 kes pada minggu pertama tahun ini dengan 13 kes dari Pulau Pinang, Selangor (10 kes) dan masing-masing satu kes di Kedah serta Pahang.

Menurutnya, bagi survelan zika pula, sebanyak 14 sampel darah telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif.

“Orang awam dinasihatkan menjaga kebersihan persekitaran dan bertindak proaktif dalam usaha membantu mengurangkan kejadian kes demam denggi yang sedang memuncak ketika ini.

“Penglibatan masyarakat bersama badan bukan kerajaan (NGO) termasuk MyCHAMPION amat digalakkan dalam pelaksanaan aktiviti pemusnahan tempat pembiakan nyamuk,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya