‘Satu Keluarga Satu Mediator’, kaedah selesai konflik secara damai

‘Satu Keluarga Satu Mediator’, kaedah selesai konflik secara damai

MOHD. Nai'im Mokhtar menyampaikan sijil Kursus Kemahiran Sulh-Mediasi kepada Muhammad Arif Izudin Zakaria (dua kiri) di Sepang, Selangor. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Kerajaan menyasarkan setiap keluarga Muslim mempunyai kemahiran sulh sebagai bentuk penyelesaian pertikaian atau konflik secara damai dalam usaha memperluaskan toleransi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berpandangan, kemahiran sulh juga boleh dikembangkan kepada pemerkasaan keupayaan masjid, masyarakat setempat dan institusi keluarga Islam.

“Langkah berkenaan boleh diperluaskandengan menggalakkan ‘Satu Keluarga Satu Mediator’ diwujudkan yang mana sulh meraikan pandangan pelbagai pihak dengan mengiktiraf kepentingan ditunjangi prinsip kerahsiaan, tidak berat sebelah dan sukarela.

“Justeru, ia boleh dihebahkan sebagai bentuk literasi penyelesaian konflik kepada mereka yang berusia lebih muda daripada peringkat belia dan sekolah dengan pelbagai teknik.

“Saya percaya pelaksanaan pensijilan Sulh Mediasi dan Skuad Sulh bakal membuka lebih ruang kepada banyak usaha penyelesaian secara inovatif dan kolaborasi luas,” katany ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sijil Kemahiran Sulh Mediasi dan Pelancaran Skuad Sulh di sini hari ini.

Seramai 99 peserta dari seluruh negara berjaya menamatkan proses penilaian pensijilan Sulh Mediasi yang berjalan sebanyak tiga siri dari September hingga Disember lepas dianjurkan bersama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).

Sulh merupakan kaedah penyelesaian konflik secara damai yang diamalkan ajaran Islam lebih 1,400 tahun dahulu dengan mengutamakan pendekatan lestari dalam masyarakat.

Pada masa sama, beliau turut mahu institusi kehakiman syariah diperkasakan melalui sulh mediasi bagi menambah baik bidang perundangan berteraskan Islam di seluruh negara.

Tambahan pula ujarnya, sistem mahkamah syariah di Malaysia sudah memperlihatkan banyak perubahan, namun usaha berterusan masih perlu dilaksanakan sejajar semangat Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan serta usaha mempertahankan mahkamah syariah sebagai institusi keadilan.

Tegas beliau, tugas meningkatkan martabat sistem kehakiman syariah tempatan menerusi pendekatan sulh mediasi akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya