Rumah terbuka Tahun Baru Cina Melaka di Machap Umboo

Rumah terbuka Tahun Baru Cina Melaka di Machap Umboo

HIASAN tanglung di sekitar taman rekreasi perayaan Tahun Baru Cina di Machap, Melaka. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Kerajaan negeri memilih Kampung Baru Machap Umboo di sini sebagai lokasi Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2023 Melaka yang akan diadakan esok.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya, Ngwe Hee Sem berkata, majlis yang diadakan di dewan besar kampung berkenaan dijangka dihadiri lebih 5,000 tetamu berbilang kaum, agama dan bangsa.

Ujarnya, persiapan rapi telah dilakukan bagi memastikan sambutan berjalan lancar dan meriah memandangkan ia merupakan julung kali diadakan di lokasi luar bandar.

“Kita menjemput orang ramai hadir memeriahkan majlis rumah terbuka yang akan berlangsung bermula pukul 8 hingga 10.30 malam.

“Sudah pasti, tetamu yang hadir akan disaji dengan pelbagai hidangan menarik,” katanya kepada pemberita selepas melawat bazar dan persiapan perayaan Tahun Baharu Cina di lokasi sambutan.

Kampung Baru Machap Umboo dan Kampung Machap Baru mempunyai tarikan tersendiri selepas mendapat jolokan ‘Little Beijing’ meriah sempena sambutan Tahun Baru Cina kali ini.

Suasana berkenaan menarik kedatangan pengunjung untuk melihat keindahan pelbagai hiasan lampu di situ.

Selain tanglung merah berbentuk sfera, terdapat juga tanglung segi empat tepat dipasang bersama lampu berwarna-warni di Jalan Lampu Langit sepanjang lebih 100 meter di Kampung Baru Machap Umboo. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya