Rugi lebih RM5,000 telefon pintar dilarikan dua lelaki

Rugi lebih RM5,000 telefon pintar dilarikan dua lelaki

URUS niaga di premis telekomunikasi yang terlibat dengan kes curi semalam beroperasi seperti biasa di Pasir Pasir Puteh, Kelantan hari ini-UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Sebuah kedai telekomunikasi kerugian RM5,718 selepas telefon pintar dilarikan oleh dua lelaki yang menyamar sebagai pelanggan dalam kejadian di Bangunan Sentosa di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, dua lelaki tersebut telah datang ke premis berkenaan untuk mendapatkan perkhidmatan membaiki telefon mereka yang rosak sebelum bertindak mencuri barangan dari kedai tersebut.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, selepas dimaklumkan oleh jurujual kedai berkenaan bahawa telefon tidak boleh dibaiki mereka telah meminta untuk melihat dua set telefon baharu di rak pameran.

Menurutnya, kedua-dua suspek kemudian terus melarikan diri bersama telefon tersebut dengan menunggang motosikal jenis Yamaha LC berwarna biru.

“Pemilik kedai berkenaan telah tampil membuat aduan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh pada pukul 5.45 petang semalam. 

“Siasatan awal mendapati jurujual terbabit yang tergamam dengan kejadian itu gagal mengenal pasti nombor plat pendaftaran motosikal yang ditunggangi suspek,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Zaizul Rizal memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu menyalurkannya ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Muhamamad Nabil Aizat Rusdy di talian 013-6232713.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di premis berkenaan mendapati perniagaan berjalan seperti biasa dengan keadaan yang lebih berhati-hati apabila menempatkan pekerja lelaki di depan pintu masuk.

Usaha mendapatkan maklum balas tidak berjaya selepas pemilik gagal dihubungi.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya