RoS perlu bebas campur tangan individu tertentu

RoS perlu bebas campur tangan individu tertentu

SYED MOHD. SYED NASIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) digesa bebas daripada campur tangan individu tertentu.

Aktivis Pemuda UMNO, Syed Mohd. Syed Nasir berkata, ia susulan daripada Notis Bantahan usul tambahan yang dibawa dua ahli UMNO membuat laporan kepada jabatan berkenaan bagi meminta satu siasatan kemungkinan berlakunya perlanggaran Perlembagaan parti berhubung usul tiada pertandingan untuk dua jawatan tertinggi.

”Rentetan daripada Notis Bantahan yang dihantar Ahli UMNO Terengganu, Muhammad Aizat Fikri Mohd. Nasir kepada pihak RoS tempoh hari perlu diambil tindakan dengan seadilnya.

”Perkara ini akan menunjukkan bahawa RoS tidak berpihak kepada individu-individu yang mempunyai agenda tersembunyi untuk kekal berkuasa.” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Muhammad Aizat Fikri dan ahli UMNO Negeri Sembilan, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom mendakwa usul yang dibentangkan dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini melanggar Artikel 10 Perlembagaan parti itu.

Syed Mohd. berkata, tindakan orang muda yang mahu menegakkan demokrasi dalam UMNO perlu didukung dan bukannya dihina serta disekat perkara murni yang mahu dilakukan dengan cara yang betul.

Jelasnya, tindakan perundangan ini juga membuktikan keabsahan pandangan UMNO Johor, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkenaan dengan perlembagaan parti yang dilanggar secara terang-terangan.

”Adakah dengan tindakan RoS nanti akan terbongkar kebenaran perosak-perosak demokrasi dalam negara yang takut hilang kuasa.” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya