Rombakan Kabinet Sabah dalam masa terdekat - Hajiji

Rombakan Kabinet Sabah dalam masa terdekat – Hajiji

HAJIJI NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengesahkan rombakan Kabinet Negeri Sabah akan dilakukan dalam tempoh terdekat.

Perkara itu diumumkan dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

“Maklumat terperinci mengenai rombakan itu akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” katanya.

Sejak tengah hari ini, timbul spekulasi bahawa Kabinet Negeri Sabah akan dirombak dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Sabah termasuk Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Timbalan Ketua Menteri akan digugurkan.

Turut dijangka digugurkan ialah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin yang juga Setiausaha BN Sabah.

Kedua-dua ADUN BN Sabah itu dijangka digugurkan susulan tindakan mereka yang dikatakan mengetuai gerakan menarik sokongan daripada Hajiji bagi membentuk kerajaan baharu bersama Parti Warisan (Warisan).

Perbincangan antara BN Sabah serta Warisan bagi membentuk kerajaan baharu masih berlangsung namun, sehingga kini belum ada kenyataan rasmi daripada Bung Moktar mahupun Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mengenai gerakan menubuhkan kerajaan baharu.

Kerajaan baharu itu juga dijangka mengangkat Bung Moktar sebagai calon Ketua Menteri dan lebih separuh ADUN BN Sabah menyokong keputusan pembentukan kerajaan baharu itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya