RM232 juta diperlukan baik pulih kerosakan banjir

RM232 juta diperlukan baik pulih kerosakan banjir

TUNKU Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin menyaksikan penyerahan replika kunci daripada Alexander Nanta Linggi (kiri) kepada Dr. Zaliha Mustafa pada Majlis Penyerahan Projek Hospital Pendang, Pendang. -UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENDANG: Sebanyak RM232 juta diperlukan bagi membaik pulih infrastruktur dan fasiliti awam yang rosak akibat bencana banjir di negeri-negeri Semenanjung Malaysia, baru-baru ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, daripada jumlah itu, kira-kira RM196 juta diperlukan untuk membaiki kerosakan di negeri-negeri Pantai Timur yang mengalami kerosakan besar.

“Banyak kerosakan melibatkan cerun runtuh, permukaan jalan yang pecah. Dua minggu lepas kami melawat Terengganu dan Kelantan memang banyak pavement pecah akibat banjir.

“Kerja baik pulih sedang berjalan, jangkaan siap bergantung kepada tahap kerosakan, cerun akan ambil sedikit masa kerana banyak kerja teknikal melainkan kerja membaiki permukaan lebih mudah sikit, saya difahamkan kerja baik pulih sudah 20 peratus siap,” katanya selepas majlis penyerahan Hospital Pendang, di sini, hari ini.

Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin menyaksikan penyerahan hospital tersebut daripada Kementerian Kerja Raya kepada Kementerian Kesihatan yang turut dihadiri Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa.

Sementara itu, mengulas mengenai penggunaan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di lebuh raya, Alexander berkata, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Plus Malaysia Bhd. akan mengadakan mesyuarat esok bagi mencari penyelesaian isu-isu yang timbul mengenai sistem itu.

“LLM dan Plus akan membincangkan apa langkah-langkah yang sepatutnya diambil, tetapi penggunaan RFID akan diteruskan,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.