Restoran makanan segera dikompaun RM1,000 abai kebersihan - Utusan Malaysia

Restoran makanan segera dikompaun RM1,000 abai kebersihan

ANGGOTA penguat kuasa kesihatan Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman memeriksa tempat simpanan sos yang tidak diselenggara dengan baik di sebuah premis makanan segera di Cukai, Kemaman, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN : Sebuah restoran makanan segera terkenal di bandar Cukai, di sini, yang didakwa menjual roti burger berkulat dikenakan tindakan kompaun RM1,000 berikutan gagal memastikan premis itu berada dalam keadaan bersih, semalam.

Menurut sumber, kompaun tersebut dikeluarkan setelah enam anggota penguat kuasa Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman melakukan pemeriksaan di premis berkenaan, petang semalam.

Katanya, hasil pemeriksaan itu juga mendapati tempat penyediaan sos di premis itu tidak diselenggara dengan baik, selain kebersihan tandas dan dapur yang kurang memuaskan.

“Tindakan kompaun dikenakan ke atas premis terbabit mengikut Akta 35 (1) (B) Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Difahamkan, pemeriksaan tersebut dilakukan susulan tular di laman sosial yang dimuat baik oleh seorang wanita yang mendakwa roti burger dan ayam goreng yang dibelinya di premis itu berkulat dan berbau busuk, pada Selasa lalu.

Sumber itu memberitahu, anggota penguat kuasa terbabit mendapati longkang di belakang premis tersebut juga kotor dan sistem perangkap minyak tidak diselenggara dengan betul.

“Premis tersebut turut diberikan notis dengan 19 arahan kerja di bawah Seksyen 10 Akta Makanan 1983 bagi membetulkan kesalahan dalam tempoh 14 hari,” ujarnya.

Semalam, Utusan Online melaporkan, seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila mendapati roti burger yang dibelinya di sebuah restoran makanan segera di bandar Cukai di sini didakwa berkulat. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.