Rekreasi, mendaki di Selangor kembali dibenar bulan depan - Utusan Malaysia

Rekreasi, mendaki di Selangor kembali dibenar bulan depan

Rekreasi Selangor
AKTIVITI rekreasi melibatkan pendakian dan perkelahan di semua Taman Eko Rimba dan 30 jalur pendakian di Selangor kembali dibenarkan mulai 1 Februari ini. - Gambar Tourism Selangor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Aktiviti rekreasi seperti pendakian dan perkhidmatan malim gunung perhutanan di Selangor melibatkan enam Taman Eko Rimba dan 30 jalur pendakian dibuka semula mulai 1 Februari depan.

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) dalam kenyataannya berkata, semua tempat rekreasi yang dibuka seperti Sungai Tua, Sungai Sendat, Sungai Tekala, Komanwel, Kota Damansara dan Gunung Nuang.

Sementara jalur pendakian pula melibatkan tiga daerah iaitu hutan di Hulu Selangor, pantai Klang dan Selangor Tengah.

“Hutan Hulu Selangor itu antaranya Air Terjun Lata Medang, Gunung Semangkok, Gunung Hulu Kali, Gunung Rajah, Bukit Kutu dan Bukit Unyang. 

Bagi hutan Selangor Tengah, ia melibatkan Air Terjun Sungai Lepoh, Air Terjun Ulu Perdik, Air Terjun Sungai Pisang, Bukit Broga, Gunung Nuang dan Bukit Cenuang. Hutan pantai Klang pula iaitu di Bukit Jugra,” katanya.

Dalam pada itu, perkhidmatan malim gunung perhutanan turut akan dikuatkuasakan bermula tarikh sama.

“Sebanyak 18 bukit dan gunung diwajibkan bagi perkhidmatan berkenaan. Lokasi itu antaranya Gunung Semangkok, Gunung Rajah, Bukit Kutu, Bukit Kunong, Gunung Hitam dan Bukit Cenuang,” jelasnya.

Sehubungan itu, JPNS menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan permit bagi memasuki hutan berkenaan.

“Permit boleh didapati di Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah, Hulu Selangor dan Pantai Klang. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi JPNS di talian 03-55447000/ 7507,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.