Pegawai khas Timbalan Perdana Menteri, Ramesh Rao meninggal dunia - Utusan Malaysia

Pegawai khas Timbalan Perdana Menteri, Ramesh Rao meninggal dunia

RAMESH RAO

KUALA LUMPUR: Pegawai khas hal ehwal kaum India di Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ramesh Rao meninggal dunia, awal pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan oleh salah seorang pegawai khas Timbalan Perdana Menteri.

Dipercayai pemimpin itu mengalami serangan jantung, bagaimanapun, tidak dapat dipastikan penyakit yang dihidapi pemimpin itu.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) itu sebelum ini dilantik Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagi diberi tanggungjawab menjaga kebajikan masyarakat kaum India di seluruh negara tanpa mengira fahaman politik masing-masing.

Sebelum menyertai Barisan Nasional (BN), mendiang pernah bergiat dalam politik bersama DAP.

Mendiang amat dikenali kerana aktif memperjuang kebajikan masyarakat di negara ini terutamanya kaum India. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN