Raja Muda Perlis berkenan lawat Rail Depot di Serendah - Utusan Malaysia

Raja Muda Perlis berkenan lawat Rail Depot di Serendah

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah) berkenan berangkat ke ‘Rail Depot’ milik syarikat Dhaya Maju Infrastructure Asia (DMIA) Sendirian Bhd.’ di Serendah, Hulu Selangor.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat ke ‘Rail Depot’ milik syarikat Dhaya Maju Infrastructure Asia (DMIA) Sendirian Bhd.’ di Serendah, Hulu Selangor baru-baru ini.

Baginda beramah mesra dengan pihak pengurusan serta menyantuni tenaga kerja syarikat tersebut yang hadir dan meninjau sendiri peralatan, aset keretapi termasuk jentera berat rehabilitasi landasan yang digunakan untuk projek menaiktaraf kemudahan infrastruktur landasan berkembar elektrik di Lembah Klang itu.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengerusi Kumpulan DMIA, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Panglima Mohd Azumi Mohamed (Bersara) dan Pengarah Eksekutifnya, Datuk Seri Dr. Subramaniam Pillai.

Turut hadir, Ahli Lembaga Pengarahnya terdiri daripada Tan Sri Mazlan Lazim, Tan Sri Ismail Bakar dan Datuk Shaharuddin Md Som.

Terdahulu, Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan berangkat ke majlis kesyukuran DMIA 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan DMIA, Datuk Mohamed Razeek Hussain menyampaikan sembah taklimat berkaitan peranan, cabaran serta kejayaan DMIA sepanjang tahun lalu serta perancangan pada tahun ini.

Mohamed Razeek turut menekankan peri penting setiap peringkat warga kerjanya melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan penuh beramanah demi untuk keselamatan, kemudahan dan keselesaan kepada rakyat yang menggunakan segala perkhidmatan yang disediakan oleh mereka.

Azumi dalam sembah ucapan aluan kepada Tuanku Syed Faizuddin pula turut menekankan tentang pemantauan dan rasa tanggungjawab setiap kakitangan untuk menunaikan tugasan dengan penuh berintegriti.

“Ia adalah teras utama dalam memastikan kejayaan sesebuah organisasi. Ianya bukan semata-mata untuk memenuhi tuntutan penanda aras ‘Key Performance Indicators (KPI)’, tetapi demi menunaikan amanah serta tanggungjawab terhadap kerja masing-masing.

“Menjadi suatu kelaziman untuk setiap orang meletakkan sasaran serta azam baharu pada permulaan setiap tahun. Namun, sebagai seorang pekerja, ‘nawaitu’ yang sebenar apabila melaksanakan setiap tugasan adalah untuk mencapai tahap yang terbaik dan mestilah lebih baik daripada yang sebelumnya,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.