Pulau, filem seram, bukan lucah - LPF

Pulau, filem seram, bukan lucah – LPF

FILEM Pulau yang mengundang pelbagai tanggapan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lembaga Penapisan Filem (LPF) mendapati terdapat perbezaan antara kandungan treler filem Pulau yang dikongsikan di dalam media sosial dengan kandungan yang dikemukakan untuk penapisan.

LPF dalam satu kenyataan hari ini berkata, treler filem berkenaan sudah pun ditayangkan secara dalam talian.

“LPF mengambil maklum akan isu yang berbangkit bagi filem bertajuk Pulau yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat umum setelah promosi filem ini dimulakan melalui perkongsian poster dan sedutan treler filem menerusi media sosial.

“Namun, didapati kandungan yang ditayang tersebut adalah di luar bidang kuasa LPF,” katanya.

Jelas LPF, filem tersebut adalah merupakan sebuah filem seram dan bukan filem pornografi seperti yang digembar-gemburkan.

Kata kenyataan itu, LPF melaksanakan tugas berdasarkan Akta Penapisan Filem 2002 [Akta 620] yang menetapkan fungsi penapisan filem dan bahan publisiti filem yang disiarkan, dipamerkan, disebarkan, ditayangkan, diedarkan atau dipancarkan secara fizikal (konvensional) kepada masyarakat umum di Malaysia, kecuali melalui internet.

“Di dalam mengeluarkan sesuatu keputusan ke atas penapisan kandungan filem dan bahan publisiti filem, LPF akan meneliti dan memberikan perhatian khusus berpandukan kepada Garis Panduan Penapisan Filem (GPPF) Kementerian Dalam Negeri 2010.

“Ia merangkumi aspek-aspek seperti keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosio budaya dan ketertiban dan ketatasusilaan,” ujarnya.

LPF juga sentiasa peka dengan tata susila serta sosio budaya masyarakat Malaysia dan melaksanakan penapisan filem sebagaimana yang ditetapkan dalam garis panduan.

“LPF menghargai pandangan dan maklum balas berkenaan dengan penapisan filem di negara ini. LPF juga sentiasa mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak terutamanya pandangan yang bersifat konstruktif berdasarkan kepada keseluruhan kandungan sesuatu filem,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.