Program tata rias, cara Loveta rai anak yatim - Utusan Malaysia

Program tata rias, cara Loveta rai anak yatim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI : Meneruskan legasi murni yang dilakukan oleh Allahyarham, Siti Sarah Raisuddin, jenama tudung dan pakaian muslimah, Loveta, menyantuni anak-anak yatim Rumah Bakti Al-Kausar dengan menjalankan program make over dan tata rias khususnya buat penghuni perempuan.

Menurut pengasasnya, Siti Fatimah Suberi, 35, pendekatan baharu itu dilakukan bagi menyuntik elemen kelainan dalam usaha merai dan menggembirakan golongan anak-anak yatim yang tentunya memiliki keinginan untuk tampil cantik dan ayu.

“Sebagaimana sudah maklum, arwah Siti Sarah semasa hayatnya suka bersedekah dan kerap menjalankan program bagi meraikan anak-anak yatim sebagai satu cara dia berkongsi rezeki.

“Saya meneruskan usaha murninya itu sejak menggalas tanggungjawab menerajui perniagaan Loveta selepas ketiadaan arwah. Dalam masa yang sama, saya lihat program tata rias ini dapat menggembirakan penghuni perempuan di sini dengan aktiviti yang baharu.

“Rata-rata mereka nampak seronok, maklumlah pertama kali rasai pengalaman begini. Saya pun tumpang gembira lihat mereka bercantik-cantik dan ayu menggenakan jubah dan tudung Loveta yang kami hadiahkan,”katanya.

Selain itu, kata Fatimah, menerusi program itu seramai 15 kanak-kanak dan remaja perempuan berusia antara 10 hingga 17 tahun diberi sentuhan jurusolek dengan menggayakan koleksi tudung terbaharu Loveta, Assyfa Manes yang dilancarkan di lokasi yang sama.

“Arwah pernah berkata kepada saya permulaan yang baik pasti ada kemanisan yang Allah akan berikan. Jadi saya pun ambil peluang ini dan meraikan bersama anak-anak yatim.

“Antara sebab lain, saya adakan di sini juga adalah kerana saya belum dikurniakan zuriat, sekurang-kurangnya anak ini boleh mendoakan saya semoga perniagaan terus maju dan memiliki cahaya mata,” katanya.

Dalam pada itu, berkongsi mengenai pelancaran Assyfa Manes, kata Fatimah koleksi tudung tersebut merupakan antara yang laris terjual.

Menampilkan 8 pilihan warna, Assyfa Manes ringkas disarung dan dalam masa 7 saat kaum wanita yang menggenakannya sudah boleh bergaya dengan yakin.

“Sebelum ini koleksi Assyfa pernah tampil dengan koleksi rekaan iaitu Assyfa cinta yang telah
mendapat permintaan tinggi oleh kaum wanita. Koleksi ini pernah pernah mencatat jualan
sebanyak 50,000 helai dalam tempoh sebulan.

“Justeru kami tampilkan koleksi Assyfa Manes sebagai pengubat kepada peminat koleksi
Assyfa yang sentiasa menantikan pembaharuan dan rekaan baharu. Lebih menarik, Assyfa
Manes akan menjimatkan masa setiap wanita yang memakai dengan hanya 7 saat.

“Kami sangat komited dan percaya dengan kualiti produk kami. Alhamdulillah sepanjang 3
tahun beroperasi kami menerima permintaan tinggi daripada kaum wanita yang jatuh cinta
dengan rekaan yang diperkenalkan.” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.