PH mahu jadi pembangkang kuat di Kelantan, Terengganu 

PRN: Pakatan Harapan mahu jadi pembangkang kuat di Kelantan, Terengganu

SAIFUDDIN Nasution memberitahu media bahawa PH bertekad menghantar suara pembangkang yang kuat jika tidak menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan dan Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) bertekad mahu menghantar ‘suara pembangkang yang kuat’ di dua Dewan Undangan Negeri ditakluki Pas iaitu Kelantan dan Terengganu dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas ini. 

Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, ini sekiranya gabungan itu tidak dapat mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan negeri yang sekian lama ditadbir oleh Pas. 

“Kami bertekad menghantar suara pembangkang yang kuat kalau tidak sampai (tahap) mengambil alih negeri Kelantan dan Terengganu. 

“Namun, PH berpendapat bahawa peluang kami untuk menang pilihan raya negeri di Kedah. Itu fokus utama dalam konteks pilihan raya negeri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat Majlis Presiden PH di ibu pejabat PKR di sini hari ini. 

Dalam mesyuarat itu juga, Saifuddin berkata, pimpinan tertinggi parti masih belum sampai ke tahap berbincang mengenai kerjasama antara PH dengan Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya negeri, walaupun kedua-duanya telah bekerjasama di peringkat Persekutuan. 

“Mesyuarat tadi disebut secara umum sahaja mengenai pilihan raya negeri. Belum sampai ke situ sebab jawatankuasa pilihan raya akan membuat persiapan dahulu barulah ukur sama ada langkah yang munasabah. 

“Paling penting fokusnya mempertahan tiga negeri milik PH iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Yang umumnya, pimpinan utama PH meletakkan keyakinan tinggi berasaskan laporan semasa,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya