PRN Kedah: PN yakin menang 33 kerusi - Utusan Malaysia

PRN Kedah: PN yakin menang 33 kerusi

MUHAMMAD Sanusi Md. Nor (kanan) pada sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Amanat Menteri Besar Kepada Penjawat Awam di Dewan Seri Mentaloon, Alor Setar. -UTUSAN/JAMLIAH ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Perikatan Nasional (PN) yakin mampu meraih kemenangan sehingga 33 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang juga Pengerusi PN Kedah berkata, keyakinan itu berdasarkan sokongan rakyat yang meyakini gabungan berkenaan mentadbir Kedah ketika ini.

“Angka yang kita dapat di Kedah ini, (walaupun) Pakatan Harapan (PH) bersama Barisan Nasional (BN), PN (akan) menang lagi. 

“Mereka boleh menang tiga kerusi iaitu Kota Darul Aman, Bakar Arang dan Sidam ikut pencapaian Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, tiga itu sahaja,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Amanat Menteri Besar Kepada Penjawat Awam di Dewan Seri Mentaloon, di sini hari ini.

Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas pusat memberitahu, sebelum ini pihaknya bersedia untuk mengadakan PRN bila-bila masa sahaja selepas Mac tahun ini.

Mengulas lanjut kata beliau, PN turut yakin kemenangan akan berpihak kepada gabungan itu ekoran momentum sokongan rakyat yang semakin tinggi ketika ini.

“Momentum PN akan bertambah tinggi. Sehari ke sehari akan sentiasa bertambah dan tak akan pudar. Kita buat kerja sehabis baik, rakyat nilai. Masa ceramah kempen PRU yang lalu mereka (PH kata) boleh buat yang ini, mereka boleh buat yang itu. Sudah jadi kerajaan tak tahu nak buat apa.

“Formula itu tak boleh pakai, formula ini tak boleh pakai. Orang sembang pasai ayam dan telur, dia sembang pasai babi. Pening rakyat, mereka nak sokong kerajaan yang stabil dan bersih,” katanya.

Menyentuh tentang kerjasama antara PH-BN yang dijangka berlaku pada PRN itu, kata Muhammad Sanusi, perkara itu bukan sesuatu yang mustahil melihat kepada gabungan itu dalam kerajaan ketika ini.

“Saya sudah tahu PH akan kerjasama dengan BN kerana mereka kini kerjasama di peringkat Persekutuan, jadi di negeri (ada PRN) akan berlaku hal yang sama,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya