Polis minta bantuan kesan Mohd. Irfan - Utusan Malaysia

Polis minta bantuan kesan Mohd. Irfan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), Mohd Irfan Hakimi Azhar, 22, yang dilaporkan hilang di universiti itu sejak Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan berkata, bapanya membuat laporan polis pada Isnin lalu dan memaklumkan ada menghubungi anaknya untuk bertanyakan khabar namun tiada sebarang respons pada hari sama.

“Bapanya ada menghubungi Mohd. Irfan pada 9 pagi tetapi tiada jawapan. Pada hari sama, kira-kira 2 petang, bapanya telah meminta bantuan adiknya (adik kepada bapa mangsa iaitu pakcik mangsa) yang tinggal berdekatan UPM untuk mendapatkan maklumat lanjut.

“Adik kepada bapa mangsa telah menghubungi rakan sebilik Mohd. Irfan yang hanya dikenali sebagai Oh (pelajar jurusan Pengajian Pengguna, UPM) dan menjelaskan anaknya itu dilihat kali terakhir semasa hendak pergi solat Jumaat menaiki motosikal jenis Yamaha LC135 bernombor pendaftaran RAC 5095,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sehingga kini, Mohd. Irfan masih belum pulang ke rumah atau balik ke bilik penginapan di UPM, Serdang serta masih gagal dihubungi oleh ahli keluarga.

Anbalagan berkata, Mohd. Irfan mempunyai kad pengenalan bernombor 011113-10-0213, berketinggian 171 sentimeter seberat 65 kilogram dan mempunyai nombor telefon 013-6831710.

“Mohd Irfan berkulit cerah, kurus, rambutnya tebal dan lurus, memakai cermin mata dan tidak mempunyai sebarang parut atau tatu pada badannya,” katanya.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan Mohd Irfan diminta menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Kipli Rajak di talian 019-6177188 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya