Polis Kelantan terima 10,490 laporan berkaitan banjir 

Polis Kelantan terima 10,490 laporan berkaitan banjir 

MUHAMAD Zaki Harun (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah dalam Majlis Anugerah Pengurusan Perumahan Terbaik PDRM di Balai Polis Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan, hari ini. - FOTO/ROSLIZA MOHAMED

TUMPAT: Polis menerima sebanyak 10,490 laporan berkait kerosakan banjir yang dibuat oleh individu terlibat sepanjang tempoh musibah itu melanda bermula 9 hingga 28 Disember lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, daripada jumlah itu sebanyak 5,114 kerosakan melibatkan harta benda, 4,215 melibatkan rumah, kenderaan (619) dan haiwan ternakan (542).

“Daerah yang paling banyak kita terima laporan ialah Pasir Puteh (2,879), Bachok (2,132), Pasir Mas (1,812), Tumpat (1,425) dan Kota Bharu (1,411).

“Oleh itu, bagi penduduk terjejas banjir yang belum membuat laporan supaya berbuat segera bagi memudahkan mereka membuat urusan berkaitan untuk mendapatkan pampasan atau sebagainya,” katanya pada Majlis Anugerah Pengurusan Perumahan Terbaik PDRM di Balai Polis Wakaf Bharu, di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, lebih 30,000 mangsa telah berpindah sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL) pada Disember lalu.

Bagaimanapun, katanya, jumlah kerugian yang dialami tiada dalam pengetahun polis kerana ia diuruskan oleh pihak pengurusan bencana negeri. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN