PM ziarah sahabat lama - Utusan Malaysia

PM ziarah sahabat lama

ANWAR IBRAHIM dan Wan Azizah Wan Ismail ketika mengunjungi Mohammed Yussof Abd. Latiff di Kampung Banggol, Kepala Batas, Pulau Pinang petang ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini meluangkan masa menziarahi sahabatnya, Datuk Mohammed Yussof Abd. Latiff, 84, di Kampung Banggol, di sini.

Anwar yang ditemani isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tiba di kediaman Mohammed Yussof pukul 5.51 petang.

Beliau meluangkan masa kira-kira 30 minit bertanyakan khabar dan berkesempatan minum petang bersama bekas Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Pulau Pinang berkenaan.

Mohammed Yusof yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Dua ternyata teruja dengan kehadiran sahabat lamanya yang pernah bersama-sama aktif berjuang dalam ABIM pada 1970-an.

Beliau yang diserang angin ahmar bahagian kanan tubuhnya sejak 30 tahun lalu berkata, kesudian Anwar menzirahinya amat dihargai.

“Saya bersyukur kerana ingatan masih kuat, bak kata orang sini ‘tak gelong lagi’, jadi boleh bersembang macam biasa.

“Beliau (Anwar) sempat berpesan kepada saya supaya selalu bersabar dan sentiasa mengingati Allah SWT, malah kita sebagai orang Islam perlu ingat, dari Allah SWT kita datang dan KepadaNya jua kita kembali.

“Saya doakan beliau akan terus berkhidmat untuk kita semua kerana kebijaksanaan beliau diperlukan semua terutamanya dunia Islam, Insya Allah,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Mohammed Yusof juga ialah bekas pengetua pertama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al Irshad dan memegang jawatan itu dari tahun 1977 sehingga 1983.

Selain itu, beliau turut memegang jawatan sebagai ADUN Sungai Dua dari tahun 1990 sehingga 1995. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya