PM ucap selamat berjuang kepada The Speedy Tigers - Utusan Malaysia

PM ucap selamat berjuang kepada The Speedy Tigers

ROURKELA 14 JANUARI 2023 - Pemain Malaysia, menjalani latihan pada Kejohanan Hoki Piala Dunia 2023 di Stadium Hoki Antarabangsa Birsa Munda. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat berjuang kepada skuad hoki negara, The Speedy Tigers yang bakal memulakan aksi dalam kumpulan C Piala Dunia Hoki 2023 di Bhubaneswar dan Rourkela, India.

Menurut beliau, skuad hoki negara di bawah kendalian Arul Selvaraj mampu mempamerkan aksi cemerlang dan mengharumkan nama negara di dalam kejohanan bertaraf dunia itu.

“Saya menaruh keyakinan dan kepercayaan tinggi kepada pasukan kendalian Arul Selvaraj untuk mampu pamer aksi terbaik sekali gus mencipta kejutan pada kejohanan kali ini.

“Saya dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan buat Speedy Tigers. Semoga dipermudahkan segala urusan sepanjang kejohanan berlangsung. Harumkan nama negara di pentas dunia,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, tidak mustahil untuk Malaysia melakar kejutan terbesar dengan mencipta kemenangan ke atas gergasi No.3 dunia, Belanda menjelang aksi pertama Kumpulan C kejohanan tersebut.

Melalui laporan lain, motivasi para pemain The Speedy Tigers dilihat berada pada tahap tertinggi menjelang aksi pertama tersebut yang berlangsung Stadium Hoki Birsa Munda, hari ini.

Skuad hoki negara yang bertemu Belanda pada petang ini, dijadualkan menentang Chile pada 16 Januari dan New Zealand untuk perlawanan seterusnya iaitu pada 19 Januari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya