PM tiba di Singapura untuk lawatan rasmi 

Anwar tiba di Singapura untuk lawatan rasmi 

ANWAR Ibrahim bersama Dr. Vivian Balakrishnan ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura. - FB ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasinya  tiba di Singapura pagi ini bagi lawatan rasmi sehari ke republik itu.

Ketibaan Anwar disambut Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan dan delegasinya kira-kira pukul 10.45 pagi ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi.

Turut sama dalam lawatan tersebut ialah Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abd Kadir; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Anwar dijadual bertemu pemimpin Singapura yang lain termasuk Presiden Halimah Yacob dan rakan sejawatnya, Lee Hsien Loong.

Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk mempromosi Kerjasama dalam Data, Keselamatan Siber dan Ekonomi Digital serta dua Kerangka Kerjasama dalam Ekonomi Digital dan Ekonomi Hijau turut dijangka berlangsung hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.