PM terus bekerja walau cuti umum 

PM terus bekerja walau cuti umum 

ANWAR Ibrahim menyemak beberapa dokumen dan surat di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. - FB ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Walaupun hari ini ditetapkan cuti umum bersempena Tahun Baharu 2023 semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap hadir ke pejabat untuk menyelesaikan beberapa urusan negara.

Menerusi catatan Facebook beliau, Perdana Menteri menunjukkan beliau sedang menyemak beberapa dokumen dan surat di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

“Di pejabat hari ini selesaikan urusan surat menyurat serta menyertai beberapa mesyuarat penting,” katanya.

Kehadiran Anwar ke pejabat pada cuti umum bukanlah satu perkara baharu apabila pernah bertugas ketika cuti umum sebaik sahaja memulakan tugas sebagai Perdana Menteri.

Terdahulu, Perdana Menteri ketika Amanat Tahun Baharu 2023 kelmarin, mendedahkan masih ada kelompok kecil dalam pasukan penguatkuasaan yang cuai dan terlibat dengan amalan rasuah.

Perdana Menteri berkata, beliau dimaklumkan masih ada antara anggota penguat kuasa yang masih meneruskan adegan lama dengan mengutip habuan, meletakkan kos tambahan dan menentukan ada hadiah besar.

“Kita tidak akan bertolak ansur dengan segala kecuaian yang cuba meroboh dan merosakkan negara ini.

“Sebulan berlalu sejak saya mengambil alih pimpinan Putrajaya, ada perubahan tapi masih ada kelompok kecil yang meneruskan adegan lama.

“Saya mohon kerjasama sepenuhnya kerana percayalah saya tidak akan bertolak ansur dengan segala kecuaian ini,” katanya ketika menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2023 di Masjid Putra. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya