PLUS tambah 12 lorong RFID - LLM

PLUS tambah 12 lorong RFID – LLM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 12 lorong Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) akan ditambah di plaza tol lebuh raya PLUS selewat-lewatnya April ini.

Penambahan itu melibatkan 10 plaza tol di Lebuhraya Utara Selatan, satu plaza tol Jambatan Pulau Pinang dan satu plaza tol Kubang Semang di Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE).

Lorong RFID di plaza tol Lebuhraya Utara Selatan meliputi Sg. Besi (Plaza Tol Masuk), Jalan Duta (Plaza Tol Masuk), Shah Alam (Plaza Tol Masuk), Sungai Buloh (Plaza Tol Masuk) Rawang Selatan (Plaza Tol Masuk) Setia Alam (Plaza Tol Keluar), Setia Alam (Plaza Tol Masuk), Subang (Plaza Tol Masuk) Putra Mahkota (Plaza Tol Masuk) dan Kajang (Plaza Tol Masuk).           

Ini susulan isu aduan pengguna lebuh raya berhubung kekurangan lorong RFID di plaza tol.

“Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bersama PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah berbincang dengan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pagi ini untuk mengambil tindakan segera.

“Dalam perbincangan tersebut, pihak LLM dan PLUS telah mengenal pasti isu-isu yang telah dibangkitkan dan membuat keputusan untuk menambah 12 lorong RFID di lebuh raya di bawah Kumpulan PLUS.

“Pihak PLUS telah memberikan komitmen untuk melaksanakan penambahan lorong RFID ini selewat-lewatnya pada April 2023.

 Pihak LLM amat menghargai sokongan daripada syarikat konsesi dan pengguna dalam usaha kami untuk meningkatkan operasi di plaza tol,” kata LLM menurut kenyataan.

Namun, LLM menasihatkan pengguna supaya memastikan baki e-wallet untuk penggunaan lorong RFID adalah mencukupi sebelum melalui plaza tol.

“Memastikan baki kad Touch ‘n Go bagi pengguna lorong SmartTag dan Touch ‘n Go adalah mencukupi sebelum melalui plaza tol serta memastikan pemilihan lorong yang menggunakan kaedah (mode) bayaran yang sama sewaktu masuk dan keluar plaza tol.

“Komitmen dan sokongan berterusan pengguna amatlah diharapkan untuk penambahbaikan pengoperasian lebuh raya,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya