Pimpinan tertinggi PH bincang persiapan PRN Sabtu ini

Pimpinan tertinggi PH bincang persiapan PRN Sabtu ini

SAIFUDDIN Nasution Ismail dan timbalan, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah (kanan) diiringi Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Komisioner Jeneral Datuk Nordin Muhamad (kiri) melihat hasil kraf tangan banduan yang dipamerkan di Galeri Vokasional dan Indutri sempena lawatan rasmi beliau ke Ibu Pejabat Jabatan Penjara Malaysia hari ini. - UTUSAN/ MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat rasmi berhubung persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu ini.

Menteri Dalam Negeri,  Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, antara perbincangan itu sudah pasti mengenai PRN yang dijangka berlangsung kurang daripada enam bulan lagi melibatkan Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Selangor.

“Saya jarang nak komen berkenaan politik semasa menjalankan tugas rasmi, cuma saya nak beritahu pada 7 Januari hari Sabtu, 4 petang Majlis Presiden PH mengadakan mesyuarat rasmi tahun ini.

“Saya percaya kita akan bincang ‘post-mortem’ Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan persiapan PRN di enam negeri yang akan berlangsung,” katanya.

Beliau berkata demikian  dalam sidang akhbar selepas selesai lawatan kerja ke Ibu pejabat Penjara Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN