Pihak berkuasa tidak akan melewatkan pendakwaan - PM

Pihak berkuasa tidak akan melewatkan pendakwaan – PM

ANWAR Ibrahim berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di Wisma Chinnese Chamber. -UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menaruh harapan bahawa pihak berkuasa tidak akan melengah-lengahkan siasatan atau pendakwaan terhadap individu yang terpalit dengan kes rasuah.

Jelas beliau, bukan tugasnya untuk menjalankan siasatan mahupun pendakwaan terhadap mana-mana individu yang terlibat dengan kegiatan tersebut.

Namun begitu, katanya, beliau percaya pihak berkuasa akan menjalankan tanggungjawab tersebut dengan sehabis baik.

“Kelangsungan hidup orang Melayu digugat oleh sistem yang korup, pemimpin tamak yang mencuri daripada dana orang awam. Kita perlu bekerjasama bagi menyelamatkan negara ini.

“Saya bercakap ini bukan lagi sebagai Ketua Pembangkang, tetapi saya melihat sendiri kertas kerja dan perkembangan negara sejak beberapa tahun lalu.

“Kita bukan sedang bercakap tentang survival individu, parti politik mahupun kerajaan sendiri. Kita sedang cakap tentang negara survival untuk seluruh rakyat Malaysia,” katanya semasa berucap di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), di sini, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.