PH Sabah tidak pernah tandatangan SD sokong mana-mana pihak

PH Sabah dakwa tidak pernah tandatangan SD sokong mana-mana pihak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pakatan Harapan (PH) Sabah mendakwa tidak pernah menandatangani  akaun bersumpah (SD) bagi menyokong mana-mana pihak selepas 2020.

Tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH Sabah dalam satu kenyataan bersama hari ini menyatakan, tidak benar jika ada pihak mendakwa mendapat sokongan daripada mereka,  melainkan kenyataan terakhir selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada November lalu.

“Kami juga menyatakan pendirian dan keputusan secara en-bloc untuk memastikan kestabilan politik Sabah dibina agar tadbir urus pembangunan dan perkhidmatan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan lancar,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan setelah mereka memerhati dengan serius perkembangan politik di Sabah dan telah mengadakan perbincangan sesama ADUN PH Sabah hari ini.

Tujuh ADUN tersebut ialah Datuk Christina Liew (Api-Api), Datuk Frankie Fung Ming Poon (Tanjung Papat), Datuk Ewon Benedick (Kadamaian), Phoong Jin Zhe (Luyang), Jannie Lasimbang (Kepayan), Tan Lee Fatt (Likas), Peto Galim (Inanam).

Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), PH Sabah bekerjasama dengan Parti Warisan (Warisan) bagi membentuk kerajaan negeri.

Namun, selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 2020, kerjasama antara PH Sabah dan Warisan tidak berterusan.

Pada persidangan DUN November lalu, ADUN PH Sabah menyatakan terus memberi sokongan kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sehingga tamat penggal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya