PH Sabah tarik sokongan, kerajaan baharu tergantung

PH Sabah tarik sokongan, kerajaan baharu tergantung

ADUN PH SABAH menghadiri perjumpaan bersama Hajiji Noor (duduk, tengah) dan ADUN GRS di Kota Kinabalu semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Gerakan menggulingkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) masih tergantung susulan tindakan Pakatan Harapan (PH) Sabah menarik sokongan mereka terhadap pembentukan kerajaan baharu.

Difahamkan, PH Sabah sepatutnya menghadiri sidang akhbar khas yang diadakan oleh Parti Warisan (Warisan) kelmarin, namun tiada seorang pun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH Sabah dilihat hadir.

Malah, sidang akhbar yang sepatutnya diadakan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal semalam turut ditangguhkan kerana belum mendapat sokongan  mencukupi.

Kehadiran tujuh ADUN PH Sabah dalam pertemuan bersama ADUN Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) semalam menguatkan lagi dakwaan bahawa ADUN PH telah beralih sokongan.

Menurut sumber, tindakan ADUN PH Sabah itu membuka ruang kepada mereka untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri termasuk sebagai menteri Kabinet.

Tujuh ADUN PH Sabah ialah Datuk Christina Liew (Api-Api), Datuk Frankie Fung Ming Poon (Tanjung Papat), Datuk Ewon Benedick (Kadamaian), Phoong Jin Zhe (Luyang), Jannie Lasimbang (Kepayan), Tan Lee Fatt (Likas) dan Peto Galim (Inanam).

Malah turut dikatakan, Christina yang juga Pengerusi PH Sabah akan kembali menjadi Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar sementara itu, Frankie Poon atau Jin Zhe dikatakan mungkin akan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri sekiranya dakwaan Bung Moktar digugurkan daripada Kabinet Negeri Sabah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya