PH lebih perlukan UMNO - Jazlan

PH lebih perlukan UMNO – Jazlan

NUR JAZLAN MOHAMED 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) perlu tahu apa yang mesti dilakukan untuk menambat hati ahli UMNO kerana secara dasar, tidak kesemuanya masih menerima gabungan itu pada hari ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, hakikatnya, PH lebih memerlukan UMNO untuk membentuk gabungan kerajaan dan tanpa parti itu PH tidak mampu membentuk kerajaan.

“Perlu diingat, mereka lebih memerlukan kita dari kita memerlukan mereka. Ingat ya, Perikatan Nasional (PN) dan PH sama.

“Kalau mereka tahu ahli UMNO belum terbuka untuk terima, mereka pun takkan rasa nak hadir?” soalnya dalam program Sembang Politik oleh Media Mulia TV (MMTV) bersiaran secara langsung di Utusan Online dan Kosmo! Online, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah ahli UMNO boleh menerima kehadiran pimpinan PH dalam perhimpunan  agung parti itu bermula 11 Januari ini.

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jemputan kepada parti lain dalam kerajaan perpaduan untuk menghadiri PAU 2022 akan diputuskan Majlis Kerja Tertinggi dalam mesyuarat bulanannya.

Kerajaan perpaduan dianggotai PH, Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Dalam perkembangan lain, Nur Jazlan mengakui pimpinan UMNO terdiri daripada mereka yang sudah berusia, sekali gus peluang perlu diberi kepada kepimpinan baharu supaya parti dilihat kekal relevan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya