Perlu pengesahan majikan, satu jalan dibuka laluan Batang Kali

Perlu pengesahan majikan, satu jalan bakal dibuka laluan Batang Kali

IZHAM Hashim ketika membuat tinjauan projek membaik pulih cerun tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2., semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG: Pengesahan daripada pihak majikan akan diperlukan bagi memberi kebenaran pekerjanya untuk ulang alik bekerja bagi yang melalui jalan di kawasan kejadian tanah runtuh Batang Kali .

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor, Izham Hashim ketika membuat lawatan ke tapak tanah runtuh Taman Bukit Permai di sini semalam. 

Menurut beliau, satu jalan akan dibuka bagi membolehkan para pekerja dari Selangor yang berulang alik bekerja di Genting Highland.

“Cuma mereka yang bekerja di genting sahaja boleh lalu jalan tersebut, tidak kira apa pekerjaan mereka.

” Jadi kita kena dapatkan pengesahan pekerja daripada pihak majikan di sebelah Genting Highland bagi membolehkan mereka ulang alik balik kerja melaluinya, “katanya.

Walaupun keadaan di kawasan di situ masih membimbangkan, beliau berkata namun akan terdapat jalan satu hala dibina bagi memudahkan pergerakan pekerja di Genting Highland buat sementara waktu 

Tambahnya, dalam masa yang sama juga  pihak  mereka akan mencari penyelesaian bagi jangka masa panjang untuk membaik pulih tebing terjadi runtuhan tanah tersebut.

Seterusnya, beliau memberitahu projek  penampalan jalan secara besar-besaran yang memakan belanja Rm50 juta pula akan  dilaksanakan di seluruh negeri Selangor kecuali jalan-jalan persekutuan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandan Indah itu mengumumkan perlaksaan tersebut disasarkan akan bermula pada Mac tahun ni.

Beliau juga mencadang agar terdapat satu kaedah dan solusi yang tepat bagi menyelesaikan jalan persekutuan termasuk lebuhraya terlibat.

Ini berikutan beliau memperlihat tidak ada penekanan yang lebih dalam isu penyelenggaraan jalan persekutuan dan perlu ada bajet khas diperuntukkan untuk jalan tersebut.

“Jadi kita perlu kerjasama dsistem pengelenggaraan yang lebih baik untuk selesaikan masalah ini,” katanya.

Sementara itu, beliau memaklum pihak kawasan cerun yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai  2 di sini kini dalam keadaan stabil.

Insiden tanah runtuh di kawasan tersebut pada 10 Mac tahun lepas telah meragut empat nyawa dan seorang cedera ringan serta melibatkan 15 buah rumah dan 10 kenderaan terjejas kesan bencana alam itu.

Jelas beliau kejadian tanah tuntuh di kawasan tersebut  berpunca daripada daripada berlakunya ketakungan air dan hujan yang teramat lebat berlaku juga turut menyumbang pada situasi tersebut.

“Disebabkan kawasan ini merupakan kawasan tambakkan yang dibina pada tahun 80an, maka berlakunya tambakkan tersebut menyebabkan sistem aliran tidak dibuat dengan baik, jadi air pun bertakung di dalamnya, ” katanya.

Katanya, projek membaik pulih kawasan cerun yang runtuh di situ kini sudah mencapai 80 peratus siap dan dijangka akan habis sepenuhnya pada bulan March ini.

Projek membaik pulih cerun tersebut yang memakan kos kontraktor RM15 juta turut melibatkan permasangan perparitan dan juga penteresan.

Justeru, kata beliau berdasarkan laporan dari Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) mengesahkan perumahan yang berada di tepi tebing cerun berlaku runtuhan tanah tersebut adalah tidak selamat untuk didiami.

Tambahnya, pihak mereka akan membincang perkara tersebut dengan penduduk berkenaan dengan segera.

Malah bagi 15 rumah yang terkena tanah runtuh dan empat lagi rumah yang rosak berada di bawah cerun akibat terkena kesan runtuhan tanah tersebut, beliau akan membawa perkara tersebut untuk dibincang bagi tindakan selanjutnya kerajaan negeri.

Dalam pada itu, beliau berkata kawasan tanah tinggi dan cerun yang berisiko untuk berlakunya tanah tuntuh terutamanya Gombak, Hulu Langat dan Hulu Selangor perlukan perhatian. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya