Perkeso Terengganu sasar 5,000 suri rumah sertai SKSSR 

Perkeso Terengganu sasar 5,000 suri rumah sertai SKSSR 

FARIHAH Che Husin menyampaikan replika cek faedah caruman Perkeso kepada waris Allahyarham Zaidah Yusof di Kampung Kelulut, Marang, hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG : Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Terengganu menyasarkan sebanyak 5,000 pencarum baharu untuk menyertai Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) sepanjang tahun ini.

Pengarahnya, Farihah Che Husin berkata, setakat ini, hampir 100 suri rumah menyertai skim tersebut selepas ia dilancarkan pada 1 Disember tahun lalu.

Menurutnya, Perkeso Terengganu juga akan memperkasa promosi skim tersebut agar lebih ramai suri rumah mendapat perlindungan yang disediakan. 

“Skim ini memberi perlindungan kepada suri rumah tanpa mengira mereka itu suri rumah sepenuh masa, separuh masa, wanita yang berkahwin atau ibu tunggal, sama ada mereka mempunyai anak atau tidak.

“Bayaran caruman hanya serendah RM10 sebulan dan dibayar sekali gus untuk tempoh setahun iaitu berjumlah RM120 dan manfaatnya sangat banyak.

“Jadi saya berharap lebih ramai suri rumah tampil untuk mendaftar skim ini atau golongan suami boleh mengambil inisiatif untuk mendaftarkannya bagi pihak isteri mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan faedah caruman kepada waris Allahyarham Zaidah Yusof di rumahnya di Kampung Kelulut di sini, hari ini.

Allahyarham adalah seorang pencarum SKSSR melalui geran kerajaan di bawah program e-Kasih yang meninggal dunia pada 19 Disember lalu akibat kegagalan paru-paru dan kencing manis.

Mengulas lanjut, Farihah berkata, waris Allahyarham layak menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 yang telah dibayar terus ke akaun suaminya pada 18 Januari lalu.

“Seorang anaknya yang berusia lapan tahun pula akan menerima Faedah Pencen Penakat berbentuk pencen bulanan sebanyak RM180 yang akan diberi sehingga berumur 21 tahun atau sehingga mendapat ijazah pertama,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya