Perjuangan baru bermula, perjalanan masih jauh - Bung Moktar

Perjuangan baru bermula, perjalanan masih jauh – Bung Moktar

BUNG Moktar Radin (duduk, kiri) mengetuai rombangan BN Sabah mengadakan pertemuan dengan Ahmad Zahid Hamidi (duduk, dua dari kiri) di Kuala Lumpur semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Hanya sehari selepas mengumumkan keputusan Barisan Nasional (BN) menarik sokongan daripada Datuk Seri Hajiji Noor, Bung Moktar dilihat mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Kuala Lumpur semalam.

Dalam Facebook rasminya, Bung Moktar yang mengetuai rombongan BN Sabah mengadakan perbincangan dengan Presiden UMNO itu bagi memaklumkan dan memberi penjelasan mengenai isu pergolakan politik Sabah.

“Setiap yang bermula pasti akan ada pengakhirannya. Perjuangan baru bermula dan perjalanan masih jauh dan panjang,” katanya ringkas menerusi Facebook.

Ketua Menteri Sabah dikatakan telah mengemukakan senarai Jemaah Kabinet kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dalam pertemuan hampir sejam semalam.

Istiadat mengangkat sumpah anggota Kabinet Negeri yang baharu dijangka akan diadakan esok.

Walau bagaimanapun setakat ini, masih belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri mengenai istiadat berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya