Perhimpunan di kedutaan Sweden, Belanda: Polis buka 2 kertas siasatan

Perhimpunan di kedutaan Sweden, Belanda: Polis buka 2 kertas siasatan

HIMPUNAN Martabat Islam bermula di Masjid As-Syakirin KLCC dan berarak ke Kedutaan Sweden ekoran isu membakar al-Quran di Sweden. - FOTO/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis membuka dua kertas siasatan berhubung perhimpunan tanpa permit di hadapan Kedutaan Sweden dan Kedutaan Belanda di ibu negara dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kesemua individu terlibat dalam perhimpunan berkenaan akan dipanggil dalam masa terdekat.

Kata beliau, pihaknya mengesan dua kumpulan berhimpun bermula pukul 2 petang tadi di hadapan kedua-dua kedutaan terbabit.

“Hasil daripada pemerhatian yang dibuat didapati lebih kurang 80 orang menyertai perhimpunan yang diadakan di hadapan Kedutaan Belanda di Persiaran KLCC.

“Manakala dianggarkan seramai lebih kurang 400 orang menyertai perhimpunan di hadapan Kedutaan Sweden di Jalan Mayang Sari,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, pihaknya sedang mengenal pasti individu terlibat dengan dua perhimpunan yang tidak mematuhi undang-undang itu dan akan dipanggil untuk dirakam keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

“Kedua-dua kertas siasatan akan dibuka di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012. Kertas siasatan ini akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan lanjut,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai mematuhi undang-undang dan menggesa supaya tidak menyertai sebarang perhimpunan yang tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya